Persoalan yang seringkali timbul dalam
hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama
manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa
telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti ape yang
diharapkan?
Sahabat,sedarlah bahawa usaha itu adalah
satu kemestian yang dilakukan oleh setiap hamba Allah dimuka bumi kerana
kita harus merancang akan tetapi Allah yang menentukan
segalanya. Berapa ramai insan yang kecundang selepas usaha yang
dilakukan tidak seperti apa yang dijangkakan?Bahkan ada yang memaling
pada mentaati perintah Allah setelah kecewa dengan pengakhiran suatu
usaha itu.
Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha
kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya
adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan
ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni
percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna
tidak percaya pada rukun iman keenam.
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan.
Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan
perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan
jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam
untuk mencari jodoh yang baik.
Sahabat,berusahalah untuk mencari cinta
sejati dengan sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya. Jangan pernah
putus asa dalam usaha. Ujian Allah dalam meniti suatu perjalanan mencari
cinta sangatlah berat kerana Allah inginkan hamba-hambaNya
meminta-minta padaNya. Bersabarlah atas setiap ujian yang kita hadapi
dengan tabah dan redha dengan ketentuanNya.
Jika pilihan kita bukan seperti yang kita
harap dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka
yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan
manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya
penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita
rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya
tanpa sedikit pun kita menyedarinya. Mungkin juga pada saat ini kita
melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi
suram pada masa mendatang.
Demikianlah pilihan Allah... ianya adalah
baik untuk kita, agama kita, dan baik untuk setiap keadaan dan waktu
yang ada. Pengetahuan Allah mengatasi pengetahuan hamba-hambaNya, maka
serahkan urusan jodoh itu pada Allah. Jangan dipeningkan kotak fikir
kita memikirkan siapa jodoh kita. Jika ada jodoh, pasti tidak akan ke
mana. Yang penting siapkan diri kita agar menjadi soleh dan solehah.
Siapa jodoh kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Jika kita
soleh, insyaAllah Dia akan temukan kita dengan yang solehah. Jika kita
solehah, maka Allah akan temukan dengan yang soleh. Bukankah Allah telah
berfirman, Lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik. Maka Yakinlah!
Janji Allah itu pasti benar.
Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan
mudah mengalah dengan ujian yang ada tetapi jadikan lah ujian itu
sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus berusaha dalam mencari cinta
sejati. Namun nilai suatu cinta itu janganlah dilandaskan dengan nafsu.
Biarlah ianya diredhai ole Allah swt. Suatu cinta yang berlandaskan
nafsu itu mengundang murka Allah.
Tepuk dada tanya fikiran kerana apa kita
cintakan seseorang itu. Adakah kerana hartanya? kerana paras rupanya?
atau kerana agamanya? Pujilah kaum hawa itu atas kecantikannya tetapi
pujilah dengan niat semata-mata pujian atas keindahan ciptaan Allah.
Pujian yang bersandarkan kebesaran dan keagungan yang menciptakannya.
Dan janganlah memuji sehingga mengundang syirik padaNya.
InsyaAllah para sahabat yang membaca
artikel ini akan saya doakan juga supaya anda dipertemukan jodoh yang
baik yang mampu membahagiakan anda bukan sahaja di dunia bahkan di
syurga kelak. Amin
Source : http://penpatah.blogspot.com
Source : http://penpatah.blogspot.com

.jpg)


0 komentar:
Posting Komentar